Ahad, 14 April 2013

❀ Selawat Ke Atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW ❀






    Selawat?? Apa itu selawat?? Perkataan ini sering kita dengar.. Tapi kita tahukan apa maknanya?  Perkataan selawat berasal dari perkataan solat yang beerti solat atau tujuan. ..


SELAWAT ALLAH:_ Pujian-Nya disisi para Malaikat .

SELAWAT MALAIKAT:_Doa memohon tambahan gandaan pahala.
SELAWAT ORANG MUKMIN:_ Berdoa memohon supaya Allah SWT melimpahkan rahmat, menambahkan  kemuliaan,kehormatan dan kepujian kepada penghulu Nabi kita Muhammad SAW.

HUKUM SELAWAT???


     Selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW adalah WAJIB kerana para ulama' telah bersepakat menetapkannya tetapi mereka tidak sepakat bilakah masa yang wajib bagi seseorang Muslim itu berselawat dan berapakah bilangan yang diperlukan..

  • Wajib berselawat semasa mengerjakan solat
  • Semasa membaca Tahiyyat (tasyahud) 
  • Setiap kali menyebut, mendengar atu menulis nama Nabi Muhammad SAW, ganti namanya atau pangkat kerasulan dan kenabian Baginda SAW.



     Al-Sheikh Abdul Qadir Al-Jelani Al-Hasani, Quddisasirruhu menyatakan kelebihan berselawat ke atas nabi di dalam kitabnya Al-Safinah al-Qadiriyah. Beliau meriwayatkan drpd Ibnu Farhun berkata ” Berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu mempunyai 42 kelebihan.



Perkara ini tertulis dalam kitabnya Hadaiq Al-Anwar”
  • melaksanakan perintah Allah s.w.t
  • bersamaan dengan selawat Allah s.w.t. kepada Rasulullah S.a.w.
  • mendapat ganjaran 10x selawat drpd Allah atas setiap kali selawat yang diucapkan ( selawat drpd Allah s.w.t. bererti rahmat
  • bersamaan dengan selawat para malaikat
  • dikurniakan oleh Allah s.w.t. 10x dari darjat atas setiap satu-satu selawat
  • dituliskan oleh malaikat 10x kebaikan atas setiap selawat
  • dihapuskan oleh Allah s.w.t. 10x kejahatan atas setiap selawat
  • segala doa akan diperkenankan oleh Allah s.w.t.
  • mendapat syafaat dprd Rasulullah s.a.w.
  • mendapat keampunan Allah s.w.t. dan akan ditutup segala keaiban
  • Allah s.w.t. akan menutupi segala dukacita
  • dikurniakan maqam hampir kepada Rasulullah s.a.w.
  • mendapat darjat al-sidq
  • ditunaikan segala hajat
  • selamat sejahtera pada hari kiamat
  • Allah s.w.t dan para malaikat akan berselawat ke atas individu yang berselawat
  • mendapat khabar gembira daripada Allah s.w.t. dengan balasan syurga
  • selamat sejahtera pada huru-hara hari kiamat
  • Rasulullah s.a.w. akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang dibacakan
  • mudah mengingat semula perkara-perkara yang lupa
  • mendapat kedudukan yang baik pada hari kiamat serta tidak akan kecewa pada hari itu
  • tidak akan merasai fakir
  • terpelihara dari dihinggapi sifat bakhil
  • mendapat kesejahteraaan drpd doa Rasulullah s.a.w
  • selawat akan menjemput setiap pengucapnya ke jalan syurga
  • menjauhkan seseorg itu drpd terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut padanya nama Allah dan rasulNya atau drpd majlis-majlis lagha
  • berselawat menyempurnakan kalam pujian Allah s.w.t. apabila disebut “Alhamdulillahirabbil’alamin” di dalam doa, maka akan disambut selepas itu dengan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w
  • selamat melintasi titisan sirat al-mustaqim pada hari kiamat
  • terpelihara drpd sifat kasar dan gelojoh
  • disambut oleh Allah s.w.t. pada hari kiamat dengan kata-kata pujian yang lunak
  • mendapat keberkatan Alalh
  • mendapat kesempurnaan iman
  • kasih dan cinta kepada Rasulullah s.a.w.
  • mendapat hidayah daripada Allah dan dikurniakan hati yang sentiasa hidup mengingati Allah s.w.t.
  • setiap selawat yang dibaca akan dibentagkan di hadapan Rasulullah s.a.w. secara langsung
  • teguh pendirian dengan kebenaran
  • berselawat bererti kita menunaikan sebahagian daripada hak-hak Rasulullah s.a.w. kea tas diri kita. di samping itu ia dianggap mensyukuri nikmat Allah s.w.t. yang mengurniakan dan mengutuskan Rasulullah s.a.w. kepada kita.
  • berselawat juga bererti zikrullah, bersyukur serta mengiktiraf segala nikmat yang dikurnikan oleh Allah s.w.t.
  • mendapat balasan rahmat yang luas daripada Allah s.w.t.
  • berselawat bereti melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada Allah s.w.t. ke atas Rasulullah s.a.w. dan kepada diri sendiri
  • antara kelebihan yang paling hebat kepada setiap individu ialah akan terjelma gambaran Rasulullah s.a.w. dalam jiwanya
  • dikurniakan oleh Allah s.w.t. maqam seorang Syeikh dan Murabbi.



 Semoga perkongsian ini dapat menambahkan ilmu kalian.. Salam ukhwah! Assalamualaikum!!